dalam keadaan bekerjasama antara satu sama lain.
Semut amatlah rajin bekerja dan sanggup berjalan ’berjuta-juta batu’@ berpindah untuk mencari makanan dan akan membina populasi baru di tempat yang banyak makanan. Tahukah anda semut tidak akan tersesat mencari rumah mereka(semut) sendiri kerana semut akan membina jaringan jalan mereka sendiri dan akan berlaga serta ‘bersalam’ melalui sesunggut bila berjumpa sesama semut.
Semut mempunyai deria bau yang sensitif terhadap makanan seperti gula, manisan atau makanan di dapur serta di meja makan. Semut dengan gula sukar untuk dipisahkan ibarat pepatah yang biasa didengar ’mati semut kerana gula’. Mereka(semut) akan ‘hurung’ / himpun beramai-ramai bersama gula @ makanan dan membawa balik makanan ke sarang mereka. Ajaibnya, semut boleh mengangkat cebisan makanan sekali ganda dari berat badan mereka dan berjalan membawa makanan ke sarang mereka. SubhannaAllah
Semut kerengga biasanya lebih suka tinggal di atas pokok buah-buahan ,contohnya pokok rambutan ,pokok mempelam dan lain-lain lagi. Kerengga akan membina ‘rumah’ @ sarang mereka menggunakan daun di pokok yang di cantum-cantumkan. Kerengga akan menggigit manusia jika ‘rumah’ mereka dicerobohi @ diganggu–gugat oleh manusia yang ingin mengambil buah atau mencantas pokok. Kerengga secara ‘individu’ @ berkumpulan akan mengigit /mengetit manusia dengan cepat tanpa berfikir panjang kerana mereka akan mempertahankan ‘sarang’ mereka daripada dicerobohi.
Kerengga mempunyai ketua mereka sendiri yang dikenali sebagai ‘Ratu’ atau raja semut yang bersaiz agak besar sedikit berbanding saiz semut kerengga lain. Ratu kerengga akan memastikan kerengga lain selamat dan akan meningkatkan lebih banyak populasi kerengga.
Semut hitam adalah jenis semut yang berjalan laju dan banyak di dapati di rumah @ iaitu di tempat lembap contohnya di bawah tikar getah yang lembap. Semut ini selalunya senang ditemui kerana ‘mereka’ membiak dengan banyak di sesuatu tempat.Semut jenis ini jarang mengigit manusia kerana mereka akan melarikan diri jika diri mereka terancam.
Semut merah/semut api atau dikenali juga dengan nama semut ‘gatal’ adalah sejenis semut yang amat agresif dan suka menggigit/mengetit kulit manusia jika mereka diganggu atau sarang mereka di ceroboh oleh sesiapa jua . Kulit manusia yang di ketit semut api akan mengalami kegatalan kulit untuk tempoh yang singkat.
Contohilah sikap semut yang suka bekerjasama dalam hidup bermasyarakat dan rajin bekerja dan tidak kenal putus asa. Semut akan mempertahankan ‘rumah’ mereka daripada dicerobohi atau diganggu gugat oleh sesiapa saja. AllahuAkhbar!
Surah An-Naml (Ayat 15-Ayat 35)
Cerita Semut & Nabi Sulaiman
Surah An-Naml (Ayat 18-19)
"Maka dia (Nabi Sulaiman) tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".